Tuesday, April 6, 2010

Windows 7




Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.

Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan dan sentuhan, sokongan untuk cakera keras maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras, mengebut, DirectAccess, dan inti. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta Gadgetnya, peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan Kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam Control Panel, termasuk ClearType Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display. Windows Security Center dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi keselamatan dan penyelenggaraan komputer. Seting asalan User Account Control dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai. Jurutera inti Microsoft Windows Mark Russinovich memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini. Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.

Tuesday, March 30, 2010


h1n1 ni satu virus yang makin menjadi2 sekarang ni.virus ni bole merebak dengan cepat tanpa mengira usia ataupun jantina.h1n1 bole berjangkit melalui udara.dah dah aku tak tau nak tulis ape dah.bye

Ini la dia pondok guard yang ada di politeknik port dickson.Pondok guard ini ialah pintu utama untuk masuk kedalam politeknik ini.Disini juga tempat guard menahan pelajar2 yang tidak mempunyai sticker kenderaan.Apabila pelajar itu tidak mempunyai sticker kenderaan,pelajar tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam politeknik.